Leroy Sane percaya bahawa Pep Guardiola layak menerima pujian di atas peningkatan prestasi yang diterapkan kepada pasukannya, Manchester City.
Sane terlibat dalam dua jaringan awal di Emirates ketika menundukkan Arsenal 3-0, awal pagi tadi dan dia sendiri menyumbat gol ketiga, yang membolehkan mereka meraih kemenangan kedua dalam masa lima hari ke atas lawan yang sama.
Kemenangan itu meletakkan City terus selesa dengan jurang 16 mata di puncak liga dan hanya memerlukan lima kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga.
Situasi itu menyebabkan Sane berpendapat bahawa pengendali dari Sepanyol itu menjadi watak utama dalam setiap prestasi hebat pemain, termasuk dirinya, apabila menjaringkan tujuh gol dan 11 bantuan jaringan.
"Dia sentiasa cuba bersama pemain, memberikan 100 peratus dan tidak berehat, serta komited dalam sesi latihan," ujar Sane kepada Sky Sports.
"Saya telah meningkat dengan banyak di bawah kendaliannya. Semua pemain boleh memperkatakan perkara sama. Dia adalah jurulatih yang bagus dan sering melihat ruang untuk anda terus berkembang.
"Kami bermain dengan sangat baik dalam babak pertama (ketika menentang Arsenal) dan menerapkan sistem serangan balas," tambahnya.
Sementara itu, bagi Bernardo Silva, dia mahu pasukannya segera memuktamadkan penantian kejuaraan liga pada musim ini.
"Aksi yang menarik, terutama dalam babak pertama, kami fokus dan komited.
"Kami mahu mempercepatkan proses ini dan meraih kejuaraan liga dengan memenangi setiap perlawanan, termasuk menentang Chelsea selepas ini," ujar Silva.