Pep Guardiola enggan mewujudkan suasana tegang dengan Mauricio Pochettino menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) di antara Manchester City dan Tottenham sambil dia menegaskan keupayaan lawannya itu "bukan bersandarkan Harry Kane semata-mata".
Pochettino melabel Guardiola sebagai tidak menghormati pasukannya selepas dia merujuk Spurs sebagai "pasukan Harry Kane" ketika dicabar sengit untuk mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Pengurus City berkenaan mengakui kesilapannya berbuat demikian, sebaliknya menyatakan kekagumannya terhadap Spurs menjelang pertemuan suku akhir pertama, awal pagi esok.
"Tidak, saya tidak boleh mengatakan sebegitu kerana Mauricio akan marah dengan saya. Saya tidak mahu membuatkan dia marah," kata Guardiola dalam sidang berita sebelum berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur.
"Saya fikir rakan sejawatan saya itu telah salah faham pada masa lalu. Ia hanya luahan pendapat saya mengenai Tottenham. Ketika itu, Harry Kane menjaringkan lapan gol dalam tiga atau empat perlawanan.
"Saya juga boleh melabel Spurs sebagai 'pasukan (pengerusi) Daniel Levy atau pasukan Mauricio Pochettino'. Saya tahulah, Tottenham Hotspur bukan hanya Harry Kane semata-mata.
"Mereka berpotensi besar: bagaimana mereka memulakan pergerakan dari pertahanan, betapa kuatnya mereka secara fizikal di setiap posisi, dalam membina serangan, situasi bola mati, menukar corak permainan, menguasai bahagian tengah dan sayap. Mereka adalah pasukan yang luar biasa, saya sudah menyatakannya mungkin 1,000 kali sejak tiba di England.
"Begitupun, siapa yang boleh menafikan sentuhan Harry -- dia penyerang nombor 9 untuk pasukan kebangsaan England -- dia adalah penyerang yang luar biasa, semua orang tahu mengenainya. Dia boleh memiliki segala-galanya."
Guardiola bukan lagi asing dengan Pochettino sejak bekas jurulatih Barcelona dan Espanyol terbabit kembali bertembung dalam kancah EPL.
Pengurus berbangsa Argentina itu menghadiahkan kekalahan EPL pertama kepada Guardiola yang menyaksikan Tottenham menang 2-0 berkat aksi memukau di White Hart Lane pada Oktober 2016.
"Saya masih ingat lagi ketika kami kalah di sana, saya berkata kepada pembantu saya, 'Sekarang barulah saya mengerti betapa sukarnya untuk memenangi perlawanan EPL," kata Guardiola.
"Kami juga mendahului EPL dan saya berkata kepada kakitangan saya bahawa betapa sukarnya untuk layak ke UCL.
"Ia adalah musim pertama kendalian saya, kini kami adalah pasukan yang lebih baik."
Guardiola juga percaya City tidak akan mengulangi episod kekalahan 0-3 di peringkat yang sama kepada Liverpool musim lalu sungguhpun dia mengakui semangat berpindah ke stadium baru pasti melonjakkan Spurs.
"Kami kalah 0-3 (di Anfield). Ia keputusan yang buruk tetapi tidak dengan corak permainan kami. Kami beraksi sangat bagus dalam separuh masa kedua. Banyak puncanya dalam perlawanan itu," tambahnya.
"Tiga percubaan tepat pada awal permainannya menyaksikan Liverpool menjaringkan tiga gol. Pertandingan ini menjadi sebegini adalah kerana pihak lawan mempunyai kualiti memukau.
"Esok: (Christian) Eriksen, Son (Heung-min), Dele Alli, Kane -- jika mereka diberi ruang, mereka pasti akan menjaringkan tiga gol dengan tiga peluang yang ada.
"Namun, saya masih tidak melupakan apa yang berlaku musim lalu. Ia boleh berlaku lagi musim ini -- mungkin ya atau mungkin tidak."