Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tidak terkejut kebangkitan Man Utd

pep-guardiola_1vw5syeooch7717npo6s1iyzbw.jpg
Pep Guardiola tidak terkejut dengan nafas baru Manchester United musim ini kerana dia dapat berasakan saingan hebat Manchester City akan bangkit.

Permulaan suram bagi Erik ten Hag sebagai pengurus menyaksikan kekalahan berturut-turut menentang Brentford dan Brighton and Hove Albion pada awal musim mencetuskan kebimbangan, tetapi United telah bangkit untuk hanya ketinggalan empat mata di belakang City menjelang pertembungan malam ini.

Sejak saingan bersambung selepas tamat rehat Piala Dunia, United telah mencatat enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, hanya dibolosi sekali, dan boleh mengurangkan lagi jurang dengan City dengan kemenangan di Old Trafford.

Walaupun kebangkitan United mengejutkan ramai pihak, pengendali City, Guardiola tidak termasuk dalam kalangan mereka kerana dia mendedahkan dia berasakan mereka sudah kembali ke tahap terbaik.

Ditanya apa yang telah berubah di United, Guardiola berkata, "Secara taktikal tidak banyak, tetapi apabila anda melihat komitmen pemain ketika tidak memiliki bola, saya sentiasa berasakan kekuatan, kualiti Manchester United sentiasa ada.

"Sejak saya tiba, ada [Romelu] Lukaku, [Paul] Pogba, dan pemain kelas atas di mana-mana, dalam setiap musim. Ia tidak kelihatan seperti hanya City membelanjakan wang dalam liga ini. Lihat sahaja United dan apa yang telah mereka lakukan.

"Saya rasa United bermain sekarang seperti biasa mereka bermain dalam sejarah mereka. Jadi itulah sebabnya ia tidak menghairankan bagi saya. Saya berkata sebulan lalu, saya melihat sesuatu bahawa United sudah kembali. Dan orang berkata tidak, mereka tidak kembali. Saya mengetahuinya. Saya berasakannya."
 
 

Advertisement

Must Watch Video