Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui Leroy Sane sentiasa sukar menerima kasih sayangnya selepas pemain sayap kebangsaan Jerman itu dimasukkan sebagai pemain gantian bagi memastikan kemenangan 2-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, awal pagi tadi.
City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris -- satu mata di depan Liverpool dengan hanya tiga perlawanan berbaki -- selepas Bernardo Silva dan Sane menjaringkan gol dalam babak kedua, yang turut dibantu kegagalan penjaga gol United, David de Gea.
Sane bergelut untuk menyertai kesebelasan utama sejak beberapa bulan lalu selepas Guardiola lebih gemar menggunakan Silva dan Raheem Sterling untuk bergandingan dengan Sergio Aguero di bahagian depan.
Bagaimanapun, Guardiola kagum dengan persembahan bekas penyerang Schalke itu, yang dimasukkan pada minit ke-51 bagi menggantikan pemain tengah, Fernandinho, yang tercedera selepas melakukan terjahan ke atas Paul Pogba.
"Sewaktu separuh masa, Fernandinho mengalami ketegangan otot pada kedua-dua belah kakinya. Saya mahu memasukkan Leroy lewat sedikit, namun dia masuk dengan persembahan yang memukau," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Di posisi itu, dia menjadikan permainan kami lebih pantas.
"Leroy melakukan serangan seperti pemain yang istimewa.
"Saya sentiasa meminta lebih daripadanya, saya sentiasa bersikap kritikal.
"Kami sedar potensinya dan kami mahu membantunya untuk menjadi lebih tekal dalam perlawanan.
"Bukan sahaja terhadap aksinya ketika dengan bola tetapi tanpa bola juga.
"Hari ini, dia beraksi dengan amat baik di tahap tertinggi," katanya.
Dengan kemenangan berterusan dalam perebutan kejuaraan musim ini, City akan menamatkan kempen dengan 98 mata manakala Liverpool dengan 97 mata -- rekod mata keseluruhan ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana.
Menjelang kunjungan ke Burnley hujung minggu ini, Guardiola percaya pemainnya perlu beraksi di luar jangkaan.
"Ia terpulang kepada kami. Hanya tiga perlawanan lagi.
"Apa yang telah dilakukan pemain amat menakjubkan, namun kami masih ada tugasan yang belum selesai.
"Jika kami memenangi perlawanan pada November dan Disember lalu, kami akan lebih menikmatinya dan mungkin kami sudah menjuarainya malam ini, namun ia sudah berlalu.
"Kami perlu fokus.
"Saya sedar mereka akan katakan tentang betapa cantik dan kacaknya kami, namun kami perlu ke Burnley dan Burnley sentiasa menjadi lawan yang sukar.
"Bagaimanapun, kami bertuah kerana ia terletak di tangan kami.
"Memenangi tiga perlawanan lagi dan kami akan menjadi juara," tambahnya.