Pep Guardiola berkata Manchester City mungkin tidak mampu untuk mendatangkan pengganti buat penyerang mereka, Sergio Aguero.
City mengesahkan Isnin lalu bahawa pemegang rekod penjaring terbanyak mereka itu akan menamatkan tempoh sedekadnya di Stadium Etihad apabila kontraknya tamat pada Jun ini.
Aguero telah memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Piala FA dan lima Piala EFL sepanjang tempoh itu dan dapat membantu City menambah koleksi mereka dalam pemburuan empat kejuaraan musim ini, termasuk dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
City dikhabarkan akan berbelanja besar untuk mendatangkan penyerang baru pada penghujung musim ini dengan nama-nama besar seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Harry Kane turut dikaitkan berada dalam radar mereka.
Bagaimanapun, Guardiola menegaskan bahawa pasukan pendahulu EPL itu tidak mampu untuk melengkapkan perpindahan sebesar itu memandangkan mereka juga terjejas daripada segi kewangan berikutan pandemik koronavirus.
"Dengan harga seperti ini, kami tidak akan membeli sebarang penyerang. Amat mustahil, kami tidak mampu melakukannya," kata pengurus berbangsa Catalan itu dalam sidang media.
"Semua kelab sedang bergelut secara kewangan, kami juga tidak terkecuali.
"Kami memiliki Gabriel (Jesus), Ferran (Torres) dan pemain muda daripada akademi, pemain nombor sembilan bayangan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Hari ini, ia lebih kelihatan bahawa kami tidak akan menandatangani penyerang baru bagi musim depan," katanya.

A city legend for ever ? pic.twitter.com/buAV29lEAj
— Kevin De Bruyne (@DeBruyneKev) March 29, 2021