Pep Guardiola berusaha untuk mengekalkan Ilkay Gundogan di Manchester City tetapi mengakui pemain tengah itu masih belum memberikan komitmen penuh untuk
menandantangani kontrak baru.
Gundogan tiba ke Stadium Etihad daripada Borussia Dortmund pada 2016 dan merupakan pemain pertama yang ditandatangani Guardiola.
Di sebalik gagal mengisi kesebelasan utama, Gundogan –- yang dihimpit kecederaan sepanjang menyarung jersi City -- masih lagi dipandang tinggi oleh Guardiola, yang mahu mengekalkan khidmat pemain kebangsaan Jerman itu dengan perbincangan yang masih dijalankan.
"Dalam musim pertama, dia tidak dapat beraksi ekoran kecederaan yang serius, diketepikan enam atau tujuh bulan, tetapi dia sentiasa dapat turun beraksi dan merupakan salah seorang pemain penting buat kami," kata Guardiola.
"Dia mengetahui apa yang City mahukan, dia mengetahui kami sedang memikirkan mengenai dirinya.
"Kami telah cuba berbincang dengan Gundogan, kami mahu dia melanjutkan kontraknya sekarang.
"Jika dia yakin, dia pasti akan terus bersama kami. Tetapi kami masih lagi dalam perbincangan," tambahnya.
Masa depan Vincent Kompany turut belum diputuskan dan dia merupakan salah seorang pemain yang sering mengalami kecederaan.
Tetapi Guardiola menegaskan tahap kecergasan pemain Belgium itu bukan faktor menentukan takdirnya bersama kelab itu.
"Saya tidak berasa begitu. Ia tidak akan menentukan masa depannya bersama kelab."