NEWCASTLE UNITED 2 MAN CITY 1
Pep Guardiola mengakui Manchester City gagal menemui rentak sebenar dalam kekalahan 1-2 kepada Newcastle United, awal pagi tadi.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berisiko tercicir tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool, yang akan memperoleh kelebihan selesa seandainya mengalahkan Leicester City, awal pagi esok.
Bagaimanapun, mereka bermula dengan garang dalam aksi di St James' Park itu apabila Sergio Aguero meletakkan pelawat di hadapan selepas hanya 24 saat.
Namun, Newcastle memperagakan permainan luar biasa menerusi penyudah berbisa Salomon Rondon dan sepakan penalti Matt Ritchie untuk mengecewakan Guardiola.
"Ia bukan aksi terbaik kami," katanya kepada BT Sport. "Kami mendapat jaringan awal tetapi kami gagal menampilkan rentak yang diperlukan untuk mengamalkan corak permainan kami yang sebenar.
"Itulah sebabnya apabila berada dalam situasi menyambut bola kedua dan hantaran jauh, kami tidak melakukannya dengan betul.
"Rentak kami lembab. Kami tidak komited, kami tidak dapat mencari rakan sepasukan.
"Itulah yang berlaku. Pasukan lawan membuat percubaan pertama dan menghasilkan gol. Gol kedua mereka adalah melalui penalti, namun kami mempunyai peluang tersendiri.
"Tahniah kepada Newcastle atas kemenangan ini."
City dan Aguero dinafikan gol kedua berikutan Kevin De Bruyne terburu-buru untuk melakukan sepakan percuma sehingga menyebabkannya dilayangkan kad kuning.
Namun, Guardiola enggan berselindung di sebalik kekalahan itu sambil dia mengakui pemburuan untuk mengekalkan mahkota EPL kini semakin sukar.
"Perkara seperti itu (gol yang dibatalkan) boleh mengubah permainan. Tetapi secara umumnya, kami tidak menampilkan prestasi yang sepatutnya yang diperlukan bagi aksi EPL.
"Mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada memenanginya tetapi kami memiliki peluang untuk melakukannya. Kami tahu kami harus memenangi banyak perlawanan.
"Dalam bola sepak, apa jua boleh berlaku tetapi perkara yang paling penting bukanlah mengenai kedudukan kami.
"Saya sudah katakan banyak kali, kami harus lakukan apa yang diperlukan untuk memenangi perlawanan dan apabila ia tidak berlaku, kami boleh kalah kerana bola sepak hari ini sangat berdaya saing.
"Secara keseluruhannya, ia bukan hari terbaik kami," tambahnya.