Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola intai khidmat Fred

shakhtars-fred_h9jl4mrlksuw1blh5z1k7gb9c_1.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dilaporkan sedang sibuk bertanyakan tentang pemain tengah Shaktar Donetsk kelahiran Brazil, Fred.
 
Perkara itu didedahkan oleh pengendali skuad kebangsaan dari Amerika Selatan itu, Tite, selepas Fred dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad pada musim panas ini tatkala dia juga memberi bayangan untuk berhijrah ke England.
 
“Rakan saya memberitahu bahawa City dan Guardiola mahukan khidmat saya. Saya gembira dikenali di pentas Eropah,” ujar Fred.
 
Situasi itu membuatkan Tite secara terbuka memberitahu media UOL bahawa Guardiola telah menghubunginya untuk bertanyakan tentang pemain berusia 25 tahun itu yang berkemungkinan menyarung jersi Brazil dalam aksi Piala Dunia, Jun depan.
 
“Fred? Dia bermain secara kerap untuk Donetsk.
 
“Guardiola pula seorang yang bagus. Ketika bertukar kad, dia bertanya tentang Fred kepada saya,” kata Tite.
 
Fred dinamakan dalam senarai skuad Brazil bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia pada November tahun lalu, namun tidak beraksi ketika bertemu Bolivia dan Chile.
 
Kali terakhir dia mewakili juara dunia lima kali itu adalah ketika aksi Copa America pada 2015.
 

Advertisement

Must Watch Video