Pep Guardiola menegaskan separuh akhir Piala EFL masih belum selesai walaupun Manchester City mendominasi kemenangan 3-1 ke atas Manchester United, awal pagi tadi.
City meraih pendahuluan 3-0 dalam babak pertama di Old Trafford susulan jaringan Bernardo Silva, Riyad Mahrez dan gol sendiri Andreas Pereira.
United jelas gagal mengawal City dalam babak pertama tatkala pelawat menampilkan kejutan apabila turun tanpa penyerang tengah tulen walaupun mempamerkan peningkatan selepas membawa masuk Nemanja Matic selepas rehat dan jaringan Marcus Rashford menghadiahkan gol tunggal buat tuan rumah.
Solskjaer mengingatkan tentang kemenangan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah musim lalu sebagai bukti pasukannya tidak boleh diabaikan dan Guardiola tidak mahu menafikan kemungkinan kebangkitan United.
"Minit pertama agak getir, mereka meraih dua serangan balas tetapi percubaan pertama dan kedua daripada Bernardo Silva sangat memukau," kata pengendali itu.
"Selepas itu, kami beraksi lebih baik, lebih banyak hantaran, datang dari belakang. Dalam babak kedua, mereka mengubah corak dan kami bergelut untuk mengekalkan bola.
"Namun, ia tetap keputusan yang baik. Ia belum berakhir kerana mereka adalah United. Sudah beberapa kali, musim lalu adalah contoh terbaik ketika mereka berdepan PSG. Mereka mampu hasilkan gol.
"Diharapkan, kami mampu pamerkan permainan terbaik buat penyokong dan mara ke final."
Guardiola mendedahkan dia mempersiapkan pasukannya untuk mengelak serangan balas seperti yang dialami ketika tewas di tangan United 2-1 di Etihad dalam aksi Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.
"Sukar untuk mengawal Rashford dan semua di depan kerana mereka sangat laju. Itu sasaran utama kami berbekalkan banyak hantaran. Kami mahu selesa dengan bola dan berjaya," tambahnya.
"Kami beraksi di Old Trafford menentang seteru utama dalam separuh akhir dan ia keputusan hebat buat kami."
Editor: Nafis Abdullah