Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berpendapat Antoine Griezmann akan kembali fokus di sebalik spekulasi terbaru melibatkan perpindahannya ke Barcelona daripada Atletico Madrid.
Griezmann telah menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan untuk Atletico musim ini tetapi kekalahan kepada Athletic Bilbao menyaksikan Atletico ketinggalan 10 mata kepada pendahulu LaLiga, Barca.
Atletico tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Juventus sementara Girona menunjukkan jalan keluar kepada mereka dalam saingan Copa del Rey, Januari lalu.
Barca telah lama dikaitkan dengan Griezmann dan penyerang itu telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Atletico sebelum saingan Piala Dunia tahun lalu bermula.
Tetapi terdapat laporan di Sepanyol menyatakan Griezmann semakin kurang senang di Wanda Metropolitano dan mungkin berminat untuk menyertai Barca penghujung musim ini.
Griezmann berada dalam skuad Perancis yang dibimbing Deschamps yang membuat persiapan untuk kelayakan Euro 2020 berdepan Moldova dan jurulatih itu tidak bimbang dengan
mentaliti penyerang tersebut.
"Saya berbincang semua perkara dengan Griezmann," kata Deschamps.
"Dia berada dalam keadaan yang tenang dan matang menghadapi situasi ini. Tiada masalah yang dihadapi oleh Griezmann.
"Apa yang berlaku sebelum Piala Dunia tidak menghalangnya untuk menjulang Piala Dunia," ujarnya.
Griezmann kecewa apabila anugerah Ballon d'Or tahun lalu dimenangi Luka Modric yang sekadar muncul naib juara Piala Dunia bersama Croatia selain membantu Real Madrid memenangi gelaran ketiga berturut-turut Liga Juara-Juara (UCL).
Deschamps mencadangkan pemain berusia 27 tahun itu, yang membantu Atletico menjuarai Liga Europa sebelum membantu Perancis di Russia, tidak dinilai tinggi di luar Perancis.
"Ini merupakan satu perkara yang sering dihadapi oleh pemain kelahiran Perancis," kata Deschamps.
"Griezmann telah mempamerkan permainan cemerlang untuk tahun lalu, beraksi dengan penuh kualiti bersama kelab dalam saingan Liga Europa dan membantu Perancis muncul juara dunia.
"Dia berhak untuk meraih Ballon d'Or tetapi dia sering dibayangi oleh bintang-bintang lain di Eropah."