Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, mendakwa bahawa pemain yang sedang mendapat permintaan tinggi, Antoine Griezmann, tidak akan ke mana-mana.
Pemain Perancis itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga, Barcelona, selepas mengharungi satu lagi musim yang baik, dengan menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan untuk pasukan Diego Simeone itu.
Cerezo, bagaimanapun, menegaskan bahawa pemain berusia 27 tahun itu masih mempunyai baki kontrak empat tahun dan tidak kelihatan berminat untuk melepaskan penyerang Atletico itu.
"Saya tidak tahu masalah kelab lain," katanya.
"Apa yang selalu saya katakan, Griezmann masih mempunyai kontrak dengan Atletico selama empat tahun lagi, jadi sangat sukar untuk menyelesaikannya."
Griezmann akan membuat spekulasi mengenai masa depannya ketika bersiap sedia untuk bersama Perancis dalam Piala Dunia selepas tersenarai dalam skuad Didier Deschamps.