Antoine Griezmann berkata kemenangan Atletico Madrid dalam Piala Super UEFA membuktikan bahawa keputusannya untuk kekal di kelab itu adalah tepat.
Griezmann dilaporkan menjadi sasaran juara LaLiga, Barcelona, bagi tahun kedua berturut-turut tetapi dia mengumumkan akan kekal di Atletico dalam sebuah dokumentari televisyen.
Penyerang Perancis itu menandatangani kontrak baru dengan Atleti sebelum bertolak ke Piala Dunia 2018 di Russia, di mana tiga golnya membantu Les Bleus dinobatkan sebagai juara.
Griezmann tidak begitu menyerlah dalam kemenangan 4-2 dalam perlawanan Piala Super UEFA di Tallinn, awal pagi tadi memandangkan hanya sempat beraksi selama 57 minit tatkala dia sedang membina tahap kecergasannya menjelang musim baru.
Bagaimanapun, rakannya di bahagian serangan, Diego Costa, menyumbat dua gol serta jaringan Saul Niguez dan Koke pada masa tambahan menyaksikan juara Liga Europa, Atletico, melakar kegemilangan ke atas musuh ketat, Madrid.
Diego Simeone kini menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah Atletico dengan memenangi tujuh gelaran utama dan kepercayaan Griezmann terhadap pengendali kelahiran Argentina itu menjadi titik tolak kepada keputusannya untuk kekal.
"Saya kekal kerana adanya projek yang baik," kata Griezmann kepada Movistar.
"Saya mempunyai keyakinan terhadap kelab ini, terhadap Cholo (Simeone) ... Hari ini saya melihat keputusan yang dibuat tidak salah."
Atletico perlu bangkit ketika menentang juara Liga Juara-Juara (UCL) itu meskipun Costa terlebih dahulu memberikan mereka pendahuluan pada minit pertama yang merupakan gol terpantas dalam sejarah Piala Super UEFA.
"(Aksi) saya agak tenggelam memandangkan ini adalah perlawanan kedua saya (sejak kembali daripada bercuti)," kata Griezmann.
"Akhirnya, pokok pangkalnya adalah untuk mendahului papan mata, kami mempersembahkan aksi final yang sangat lengkap.
"Kami tahu bahawa kedua-dua pasukan secara fizikalnya belum mencapai tahap 100 peratus, kunci utama adalah keinginan untuk menang.
"Ia adalah masanya untuk kami memenangi Piala Super UEFA buat sekian kali, ia amat penting bagi memulakan musim seperti ini."