Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe mempunyai potensi untuk menjadi pemain lebih baik daripada ikon Perancis, Thierry Henry, kata David Trezeguet.
Henry dan Trezeguet merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang memimpin negara itu kepada kejayaan Piala Dunia di laman sendiri pada 1998.
Tetapi dengan Perancis berupaya pergi selangkah lebih baik di Russia 2018 selepas tewas kepada Portugal dalam final Euro 2016, Trezeguet membayangkan Griezmann dan Mbappe akan berkembang menjadi penyerang yang lebih berbahaya daripada ikon Arenal, Henry -- penjaring terbanyak skuad Les Bleus.
"Saya fikir Griezmann mempunyai semua kualiti untuk mengatasi Thierry Henry, begitu juga Mbappe," kata Trezeguet.
"Ia kerana mereka masih muda, mereka adalah pemisah dan mereka masih berkembang sebagai pemain."
Mbappe mengatasi Trezeguet sebagai penjaring gol termuda Perancis dalam kejohanan besar apabila pemain berusia 19 tahun itu meledak gol kemenangan 1-0 berdepan Peru, Khamis lalu.
Sementara itu, Griezmann telah menandatangani kontrak setahun di Atletico Madrid dengan menolak minat besar yang dilaporkan daripada Barcelona.
Dan Trezeguet percaya penjaring terbanyak Euro 2016, Greizmann, telah memilihnya dengan betul untuk kekal berada di Wanda Metropolitano.
"Dia mengambil keputusan yang tepat, sangat penting untuknya mengumumkan perkara itu bagi ketenangannya," tambah Trezeguet. "Sekarang Perancis sedang menunggu dia menyinar.
"Memang benar dalam dua perlawanan ini dia menghadapi beberapa kesukaran tetapi kami bercakap mengenai pemain unik yang sangat penting untuk Perancis, dan Perancis berharap permainannya menjadi lebih baik."