Pemain tengah Atletico Madrid, Koke, mengucapkan terima kasih kepada kehebatan Antoine Griezmann apabila berjaya meledak gol penyamaan berdepan Athletic Bilbao dalam perlawanan yang berkesudahan 2-2, semalam.
Hantaran lambung Koke gagal menemui Griezmann, sebaliknya terus menemui gawang seawal minit ketiga di San Mames, sebelum tuan rumah bangkit dengan dua gol hasil sumbangan Inigo Lekue dan Oscar de Marcos.
Griezmann muncul wira apabila berjaya menyamakan kedudukan 10 minit sebelum wisel penamat menerusi rembatan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol, Gorka Iraizoz.
Koke lega melihat rakan sepasukannya itu -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United -- berjaya menyumbang gol penting tetapi mengakui agak kecewa kerana gagal mengutip tiga mata.
"Segala-galanya berjalan dengan baik bagi kedua-dua pasukan," Koke memberitahu beIN Sports.
"Keputusan seri itu cukup adil jika melihat kepada aksi kedua-dua pasukan.
"Kami menguasai perlawanan dan sepatutnya menjaringkan gol ketiga tetapi kami gagal melunaskan kesempatan itu.
"Kami bernasib baik kerana memiliki Griezmann."