Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Griezmann hanya dihubungi Atletico, bukan Barcelona

griezmann.jpg
Kakak Antoine Griezmann, Maud, menafikan spekulasi pemain itu bakal menyertai Barcelona sementara menjelaskan dia hanya memberikan tumpuan kepada Atletico Madrid.

Griezmann – yang memutuskan masa depanya bersama Atletico sebelum saingan Piala Dunia 2018 bermula -- telah dilaporkan sekali lagi menjadi sasaran Barcelona.

Atletico kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Barca, sementara tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Copa del Rey musim ini.

Maud, bagaimanapun, menafikan sebarang hubungan dilakukan Barca ketika pemain berusia 27 tahun itu sedang membuat persiapan menghadapi aksi perlawanan antarabangsa bersama skuad Perancis.

"Ia sangat memenatkan apabila membaca perkara yang palsu mengenai adik saya," katanya.

"Antoine minggu ini bersama skuad Perancis dan itu sahaja keutamaannya. Saya pasti tiada sebarang perbincangan dilakukan pada ketika ini.

"Ya, Antoine kecewa dengan penyingkiran Atletico tetapi sasaran utamanya adalah kekal bersama pasukan dan memenangi UCL. 

"Jika terdapat kelab yang sedang menghubunginya, ia adalah Atletico dan bukan kelab lain."

Griezmann – telah meledak 18 gol dalam semua kejohanan musim -- akan terlibat dalam aksi kelayakan Euro 2020 berdepan Moldova (Jumaat) dan Iceland (Isnin).

Advertisement

Must Watch Video