Didier Deschamps mendedahkan Antoine Griezmann dibelenggu masalah pergelangan kaki, namun bintang Perancis itu tetap bersedia menghadapi Peru dalam aksi Kumpulan C, Piala Dunia Russia, malam ini.
Griezmann menjaringkan gol pembukaan -- dibantu penalti yang dikesan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) -- dalam kemenangan 2-1 Perancis ke atas Australia di Kazan minggu lalu.
Penyerang Atletico Madrid itu yang baru-baru ini mengumumkan akan kekal meskipun wujud minat daripada juara LaLiga, Barcelona, dikeluarkan sebelum permainan melewati sejam selain kelihatan tidak gembira dengan persembahan longlai yang dipamerkan Perancis.
Menjelang pertembungan dengan Peru di Ekaterinburg, ketua jurulatih, Deschamps, disoal mengenai Griezmann serta keputusannya untuk mengeluarkan pemenang Liga Europa itu.
"Dia baik-baik saja tetapi ada sedikit masalah dengan salah satu pergelangan kakinya kerana ia membengkak selepas perlawanan. Dia berlatih seperti biasa," kata Deschamps kepada pemberita menjelang aksi kedua membabitkan Perancis.
"Dia tidak berada dalam keadaan terbaik. Dia kepenatan tetapi dia menjaringkan gol dan (kami) memutuskan untuk membawanya keluar supaya kami dapat menyuntik sesuatu yang tidak dapat ditawarkannya. Ia tidak mengubah keputusan perlawanan.
"Jika kekal di atas padang, keputusannya mungkin berbeza dan soalan anda juga pasti berbeza. Penggantinya menawarkan sesuatu yang berbeza."
Tiga pemain hadapan Perancis khususnya, dikritik hebat selepas perlawanan menentang Australia, namun Deschamps tampil menyatakan keyakinan terhadap gandingan Griezmann, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele, di sebalik kualiti yand ditawarkan Olivier Giroud.
"Kami akan melihat esok (Khamis). Masalahnya, Olivier bergerak bersendirian," kata Deschamps. "Dia tidak sama dengan pemain lain tetapi ketika dia tidak berada di atas padang, kami menyedari betapa pentingnya kelibatnya. Dia akan dipertimbangka dalam kesebelasan utama."
Walaupun Perancis menerima kritikan hebat, pasukan pilihan yang lain juga bergelut. Juara bertahan, Jerman, ditewaskan oleh Mexico dalam perlawanan pertama mereka manakala Brazil dan Sepanyol masing-masing seri dalam aksi pembukaan.
Deschamps mengakui Perancis boleh dan harus tampil lebih baik ketika menentang pasukan berbakat, Peru, dengan menambah: "Saya nampak banyak pasukan yang menghadapi kesulitan sama seperti kami dan meraih keputusan yang serupa."
Penjaring terbanyak Peru, Paolo Guerrero, dijangka memainkan peranan utama selepas tewas 0-1 kepada Denmark biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan.
Guerrero, yang muncul dari bangku simpanan dalam pertembungan itu, pada awalnya dijangka terlepas kempen Piala Dunia 2018 ekoran larangan doping, tetapi dia diberi peluang untuk mewakili negaranya berkat bantuan ketua pasukan Perancis, Hugo Lloris, Mile Jedinak dari Australia dan Simon Kjaer dari Denmark.
Ketiga-tiga kapten itu menandatangani surat rayuan supaya Guerrero dibenarkan beraksi dalam Piala Dunia.
Ditanya mengenai tindakan itu, Lloris berkata: "Peluang bermain dalam Piala Dunia adalah unik dan sangat istimewa untuk kerjaya seseorang pemain. Itulah sebab sebenar (tindakan ini diambil).
"Ia hanya satu tindakan solidariti terhadap seorang pemain yang dihukum, namun dia tidak cuba menipu atau meningkatkan prestasi sendiri.
"Keputusan ini diambil oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi, saya tidak mahu mengulas panjang tetapi ia adalah kehendak ketua pasukan yang lain. Ia satu tindakan yang mudah difahami."