Jack Grealish masih terpinggir dan perlu menjalani pemulihan selama beberapa minggu lagi, menurut pengurus Aston Villa, Dean Smith.
Pemain tengah itu terlepas tujuh perlawanan terakhir bersama kelab terbabit selepas mengadu masalah tulang belakang yang menyaksikan pasukan berkenaan hanya memenangi dua perlawanan.
Lantas, ketua pasukan Villa itu akan terlepas bertemu Liverpool di Anfield, malam esok, dan berkemungkinan akan terus diragui apabila berdepan Manchester City, 21 April depan.
"Pada mulanya saya dan Jack cukup optimis untuk dia kembali dengan segera daripada jangkaan awal tetapi dia mengalami masalah yang mungkin akan menjejaskannya beberapa minggu ini," kata Smith.
"Dia benar-benar hebat ketika sesi latihan tetapi dia tidak dapat menahan beban, jadi kami harus merehatkannya selama beberapa minggu lagi sebelum boleh menurunkannya.
"Kami tahu ini bukan satu kecederaan jangka panjang dan dia akan kembali. Kami semua termasuk Jack mungkin terburu-buru sebelum ini. Kami mahu dia kembali sementara dia tidak dilanda kekecewaan lagi."
Hanya tiga pemain yang mencipta lebih banyak bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding 10 yang dirakam Grealish musim ini, dan dia di belakang Bruno Fernandes untuk peluang yang diciptakan (75 kali) dan di tangga ketiga untuk peluang berharga dalam carta Opta iaitu 14 kali.
Kecederaan Grealish bermakna dia terlepas bersama England untuk kempen kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, tetapi Smith optimis ia tidak akan menjejaskan peluang anak buahnya itu menjadi pilihan Gareth Southgate untuk Euro 2020 musim panas ini.
"Dia sudah membuktikan dirinya dan yang pasti dia akan kembali sebelum akhir musim ini, kemudian Gareth (Southgate) harus membuat keputusan sama ada Jack adalah pilihan yang tepat buatnya," katanya.

#TBT ? pic.twitter.com/npPV8GDh8u
— Jack Grealish (@JackGrealish) April 8, 2021
Hanya tiga pemain yang mencipta lebih banyak bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding 10 yang dirakam Grealish musim ini, dan dia di belakang Bruno Fernandes untuk peluang yang diciptakan (75 kali) dan di tangga ketiga untuk peluang berharga dalam carta Opta iaitu 14 kali.
Kecederaan Grealish bermakna dia terlepas bersama England untuk kempen kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, tetapi Smith optimis ia tidak akan menjejaskan peluang anak buahnya itu menjadi pilihan Gareth Southgate untuk Euro 2020 musim panas ini.
"Dia sudah membuktikan dirinya dan yang pasti dia akan kembali sebelum akhir musim ini, kemudian Gareth (Southgate) harus membuat keputusan sama ada Jack adalah pilihan yang tepat buatnya," katanya.
Liverpool vs Aston Villa. ? Join our Telegram channel: http://t.me/stadiumastro
Posted by Stadium Astro on Thursday, April 8, 2021