Tottenham terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Burnley, awal pagi tadi.
Gol tandukan Ben Mee pada 19 minit terakhir perlawanan di Turf Moor itu membantu pasukan tuan rumah berkenaan memungut tiga mata berharga untuk kini berkelebihan dua mata di zon selamat.
Buat Spurs pula, ia merupakan satu langkah ke belakang selepas mereka mengejutkan pasukan juara bertahan dan pendahulu liga, Manchester City, dengan kemenangan dramatik 3-2 hujung minggu lalu.
Pasukan bimbingan Antonio Conte itu kekal di tangga kelapan dan ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester United, tetapi memegang kelebihan dua perlawanan dalam tangan berbanding The Red Devils.
78' Our skipper ? 1-0#BURTOT | #UTC pic.twitter.com/G2V8QP2bOn
— Burnley FC (@BurnleyOfficial) February 23, 2022