Skip to main content

Bola Sepak

Gol lewat Lewandowski bantu Bayern atasi Augsburg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robert-lewandowski_114qx1ldyguzl1p5nfa1kmgpkr.jpg
Bayern Munich kembali berkelebihan sembilan mata di puncak Bundesliga ikhsan jaringan penalti Robert Lewandowski ketika merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Augsburg.

Tuan rumah tewas 1-0 kepada Villarreal dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu dan dikecewakan selama 82 minit di Allianz Arena semalam.

Ketika Bayern kelihan menuju aksi pertama dalam saingan liga tanpa menjaringkan gol sejak Januari 2020, tandukkan Lewandowski terkena tangan Reece Oxford dan penyerang itu berjaya melengkapkan jaringan menerusi penalti.

Bayern kini telah meraih kemenangan ketiga liga berturut-turut dan terus selesa mendahului Borussia Dortmund, yang mengatasi Stuttgart 2-0 Jumaat lalu, menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam tempoh dua minggu lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video