Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus bergolak apabila setiausaha agungnya, Husin Deraman, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Husin ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan menerusi faksimili kepada pejabat badan induk berkenaan, pagi tadi.
“Salinan surat itu turut dihantar kepada presiden (Bibi Ramjani Ilias Khan) dan timbalan presiden (Datuk Seri Afandi Hamzah) menerusi aplikasi sosial WhatsApp.
“Tetapi setakat ini saya belum dapat maklum balas daripada mereka. Saya akan maklumkan perkembangan terkini kepada anda (wartawan) nanti,” katanya.
Ditanya faktor utama mengapa dia meletak jawatan, Husin mahu memberi peluang kepada presiden untuk memilih seorang setiausaha baharu yang mampu mencari sumber kewangan buat KAFA.
"Saya mahu sejukkan keadaan dengan beri laluan kepada presiden untuk lantik setiausaha yang baru.
"Saya akui hanya mampu berkhidmat daripada aspek pentadbiran sedangkan presiden mahukan seorang setiausaha yang mampu mencari dana kewangan bagi membantu KAFA," ujarnya.
Keputusan mengejut itu menyaksikan beliau menjadi individu keempat keluar daripada KAFA selepas dua naib presiden, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, selain bendahari, Datuk Ahmad Razali Ibrahim, turut melepaskan jawatan masing-masing.