Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Giggs mahu pastikan Wales cergas hadapi Slovakia

giggs.jpg
Ryan Giggs berharap keputusannya untuk merehatkan beberapa tonggak utama akan membuahkan hasil ketika Wales berdepan Slovakia dalam aksi kelayakan Euro 2020, Ahad ini.

Gareth Bale, Aaron Ramsey, Ben Davies dan Joe Allen merupakan pemain utama yang direhatkan Giggs awal pagi tadi ketika Ben Woodburn memastikan kemenangan 1-0 ke atas Trinidad dan Tobago dalam aksi persahabatan.

Wales bekerja keras sepanjang perlawanan, namun Giggs berpuas hati dengan kesabaran pasukannya untuk mencari gol dalam perlawanan itu.

Giggs yakin dia telah melakukan keputusan yang tepat selepas merehatkan beberapa tonggak utama menjelang aksi Kumpulan E di Cardiff itu.

"Kami memberikan peluang kepada pemain-pemain yang memerlukan waktu permainan, sebilangan besar pemain kami masih segar untuk menghadapi perlawanan berikutnya," kata Giggs.

"Slovakia akan turun beraksi hari ini tetapi kami tidak akan menggunakannya sebagai kelebihan kami.

"Pujian harus diberikan kepada Trinidad dan Tobago kerana bertahan dengan baik dan menunggu saat terbaik untuk melancarkan serangan balas.

"Tetapi kami terus memberikan tekanan dan diberikan habuan pada penghujung permainan.

"Kami akan meneliti tahap kecergasan serta kecederaan yang dialami oleh mana-mana pemain. Kami akan memulakan latihan esok sebelum menghadapi perlawanan berikutnya."
 

Advertisement

Must Watch Video