LIGA SUPER MSIA
Giancarlo Gallifuoco ikrar sumpah setia bersama KL City
Pemain pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, menegaskan bahawa dia mahu terus menabur bakti bersama kelab Lembah Klang itu meskipun menerima beberapa tawaran daripada kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain kelahiran Australia itu memilih untuk terus kekal kerana faktor cintakan dan menghormati kelab yang telah banyak menaikkan namanya.
Iklan
Meskipun persiapan pra-musim masih belum bermula, dia percaya skuad warga kota itu mampu meneruskan konsistensi untuk musim ini dalam saingan Liga Super Malaysia (MFL), dengan kemasukan beberapa muka baru nanti.
Dia merupakan antara nama yang mengharungi musim cemerlang apabila layak beraksi di pentas final tiga tahun berturut-turut dan membawa KL City bergelar juara Piala Malaysia 2021, Naib Juara Piala AFC 2022 dan naib juara Piala FA 2023 sejak menyertai skuad The City Boys, pada tahun 2021.
"KL City umnpama keluarga bagi saya, saya tidak akan sesekali meninggalkan keluarga ini apabila mereka menghadapi kesukaran.
"Saya mahu cuba bantu kelab ini, saya berdoa agar segala permasalahan dapat diselesaikan segera dan saya mahu berada di sini.
"Selagi semua permasalahan dapat diselesaikan, ia berbaloi untuk berada di sini. Saya bertuah kerana mempunyai tiga tahun yang gemilang di KL City.
"Saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi tetapi harapan saya untuk musim ini adalah untuk menggembirakan para penyokong dan berikan 150 peratus buat pasukan."
Must-Watch Video