Pemain tengah Harimau Malaya, Fazrul Amir Zaman, memilih untuk menyertai Kuala Lumpur (KL) City bagi musim 2025/26, demi mencari cabaran baru dalam kariernya.
Meskipun dia sedar bukan mudah untuk menembusi kesebelasan utama skuad Warga Kota musim ini, pemain yang mesra disapa Ghaddar itu menegaskan dia akan cuba sedaya upaya bagi membuktikan kemampuannya sebagai salah seorang pemain tempatan yang wajar diberikan perhatian.
Tanpa berselindung bekas pemain Kelantan Darul Naim itu mengakui masih memasang impian untuk kembali ke pangkuan skuad kebangsaan selepas raih penampilan sulung ketika menentang Laos 14 November lalu.
Untuk rekod, musim lalu dia telah beraksi dalam 24 perlawanan dalam semua pertandingan domestik.
"Saya menyertai KL City musim ini untuk cabaran baru, KL antara pasukan besar dan ramai pemain bagus untuk saya bersaing.
"Rakan sepasukan baik dan ia membuat saya mudah berkawan dengan mereka dan cari keserasian. Jika diberikan rezeki memang saya mahu cipta nama untuk dipanggil skuad kebangsaan sekali lagi." katanya,

?️ 'Insya-Allah bang. Kalau diberi rezeki, memang saya nak buat nama dekat sini (KL City) untuk saya dipanggil national team sekali lagi...' - Fazrul Amir, Pemain tengah KL City@ASTROARENA pic.twitter.com/MkGenrXsVN
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) July 29, 2025