Shahrul Saad dan Harith Haiqal Adam Afkar dianggap pilihan terbaik untuk bergandingan bersama Jon Irazabal di barisan pertahanan menjelang perlawanan persahabatan tier 1 kedua Harimau Malaya bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Isnin ini.
Pendapat tersebut dikongsi oleh bekas penolong jurulatih negara, Wan Mustaffa Wan Ismail.
Ini susulan skuad kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Facundo Garces dan Dion Cools yang sudah kembali ke pangkuan kelab masing-masing usai aksi menentang Singapura, Khamis lalu.
"Pemain seperti Shahrul Saad kena ada bersama pasukan Malaysia.
"Dan, saya pasti ramai yang mahu melihat Harith Haiqal menambah kaps dia.
"Tanpa Garces dan Cools, ada juga peluang untuk yang lain mengisi kekosongan dan saya memilih Shahrul Saad dan Harith Haiqal," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan tonggak Selangor itu antara pilihan utama ketua jurulatih, Peter Cklamovski, sebelum kehadiran Garces dan Irazabal.
Kedua-duanya membarisi kesebelasan skuad negara ketika perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal, Mac lalu.
Wan Mustaffa turut mengulas mengenai keperluan Cklamovski mengekalkan tiga pertahanan tengah untuk melawan Palestin.
"Dia (Cklamovski) lebih gemar bermain ramai di bahagian tengah.
"Apa-apa pun yang berlaku, kita mesti kembali ke lima pertahanan untuk bertahan.
"Formasi sebegini banyak membantu serangan.
"Ia sesuai untuk dikekalkan," tambahnya.