BOLA SEPAK
Gandingan bertenaga Kvaratskhelia-Osimhen pacu kemenangan Napoli
Aksi cemerlang Napoli seperti tiada penghujung apabila meneruskan rentak kemenangan apabila mengatasi Sassuolo 2-0 awal pagi tadi.
Kemenangan di Stadium Mapei menjadikan kemenangan ketujuh dalam aksi Serie A buat The Naples sejak tewas 1-0 kepada Inter dalam perlawanan pertama sejak Piala Dunia, mendahului liga dengan 18 mata.
Khvicha Kvaratskhelia meletakkan Napoli di hadapan menerusi gerakan solo, sebelum Victor Osimhen menjadikan kedudukan 2-0 sekaligus menjadi pemain pertama kelab meledak tujuh gol berturut-turut dalam era perlawanan tiga mata.
Iklan
Osihmen bagaimanapun terpaksa meninggalkan padang enam minit sebelum tamat permainan dan kelihatan berdepan kecederaan, ketika pertembungan Liga Juara-Juara bertemu Eintracht Frankfurt menanti mereka di pertengahan minggu.
Namun Ketua jurulatih, Luciano Spalletti, menolak sebarang kebimbangan terhadap penyerang itu.
“Kami telah menilai keadaan Osimhen, tetapi ia tidak kelihatan seperti sesuatu yang luar biasa,” kata Spalletti kepada DAZN selepas perlawanan.
Must-Watch Video