Skip to main content

Bola Sepak

Gamel tamatkan kontrak di Sri Pahang secara persetujuan bersama?

gamel-sri-pahang.jpg
Christophe Gamel dikhabarkan telah mencapai persetujuan bersama dengan Sri Pahang untuk melepaskan jawatannya sebagai pengendali. 

Kekalahan kepada Terengganu, Ahad lalu, mungkin menjadi sentuhan pengendali berusia 49 tahun dari Perancis itu yang dilantik awal musim ini berdepan tekanan hebat selepas bergelut untuk membawa perubahan besar dalam kempen Liga Super yang menyaksikan kelab Pantai Timur berkenaan menempa tujuh kekalahan berbanding dua kemenangan, sekali gus menghuni zon penyingkiran. 

Untuk rekod, Gamel pernah meninggalkan Tok Gajah pada musim 2021 ketika itu menyandang jawatan pembantu ketua jurulatih kepada Thomas Dooley.

Malah, Gamel sempat diberikan peranan selaku jurulatih pasukan Piala Presiden Pahang.

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Sri Pahang.

Dengan perlawanan terdekat ialah melayani kunjungan Penang dalam suku akhir Piala FA pada 23 Julai depan, beberapa calon termasuk bekas jurulatih, Dollah Salleh, selain dua nama dari Singapura turut dikaitkan untuk mengisi kerusi panas itu. 

 

Advertisement

Must Watch Video