Ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel, sugul dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anak buahnya.
Walaupun ramai yang berpendapat aksi di Stadium MBPJ tampak seimbang, ternyata Gergasi Merah tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menang 3-1 kepada Selangor, malam tadi.
Hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan, pengendali dari Perancis itu akur andai ada keputusan drastik daripada pihak pengurusan Tok Gajah selepas ini.
"Kami bagaikan dirompak dalam dua perlawanan pertama sementara kami memang tidak layak untuk memenangi aksi ketiga.
"Kami melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan ini tetapi kami mencipta banyak peluang menarik.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai kekesalan dan akan akan terus melaksanakan tugas selagi diberikan peluang," kata Gamel.
Dalam pada itu, Micheal Feinchtenbeiner tersenyum puas sebaik wisel penamat ditiupkan di sebalik tidak dapat mengetengahkan kesebelasan terbaik berikutan kecederaan Aliff Haikal Lokman Hakim Lau serta Safuwan Baharudin yang belum cergas ekoran COVID-19.
"Saya berharap dapat menggunakan ruang rehat dua bulan ini untuk melihat pemain tercedera, kurang cergas, terjejas akibat COVID-19 kembali pulih.
"Sebaik menyambung saingan musim ini Jun depan, jadual akan padat jadi kami memerlukan semua pemain," kata jurulatih Selangor itu pula.