EPL
Fulham label Willian pemain berkelas tinggi
FULHAM 3 SHEFFIELD UNITED 1
Pengurus Fulham, Marco Silva, menyifatkan Willian sebagai pemain berkelas tinggi selepas persembahan menakjubkan pemain Brazil itu dalam kemenangan 3-1 ke atas Sheffield United di Craven Cottage, awal pagi tadi.
Pemain berusia 35 tahun itu akhirnya menokok gol ketiga Fulham pada masa kecederaan selepas mendominasi permainan.
Iklan
Gol sendiri Wes Foderingham kembali meletakkan The Cottagers di depan selepas The Blades memadam kelebihan awal yang dijelmakan Bobby De Cordova-Reid pada awal babak kedua menerusi Antonee Robinson yang turut tertampan bola ke gawangnya sendiri.
Dengan Willian membuka akaun jaringan untuk musim ini, Silva berkata: “Dia memiliki kelas. Dia pemain berkelas tinggi dan dia mempunyai kualiti yang luar biasa.
“Dia mempunyai ketekalan permainan yang sangat baik dan ia mungkin antara permainan terbaiknya setakat musim ini dan saya sangat gembira bagi pihaknya berdasarkan kualitinya.
“Dia mencipta banyak gerakan. Caranya beraksi di sebelah kiri sangat bagus.
“Pemain yang mempunyai kualiti terbaik mampu membuat keputusan pada bila-bila masa dan mereka membuat perbezaan dalam permainan. Keputusan yang dibuat Willian adalah pada saat yang tepat dan dia merupakan pemain berkelas tinggi.
"Dia mencetak nama selaku penjaring kerana dia percaya dia mempunyai banyak peluang lagi dan saya sangat gembira bagi pihaknya."
Must-Watch Video