Fenway Sports Group (FSG) menegaskan bahawa mereka masih komited untuk memastikan kejayaan Liverpool walaupun terdapat desas-desus mereka akan menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Malam tadi, The Athletic melaporkan bahawa FSG bersedia menerima tawaran seandainya ada pihak yang mahu mengambil alih pemilikan The Reds.
FSG, yang membeli Liverpool pada 2010, memberikan respons dengan menjelaskan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemegang taruh baru tetapi bukan untuk menjual kelab berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, FSG berkata: "Akhir-akhir ini, terdapat beberapa perubahan pemilikan kelab EPL dan khabar angin mengenainya, dan ia menyebabkan kami kerap ditanya mengenai pemilikan Fenway Sports Group ke atas Liverpool.
"FSG kerap menerima minat daripada pihak ketiga untuk menjadi pemegang taruh Liverpool. FSG pernah katakan sebelum ini bahawa dengan terma dan syarat yang bertepatan, kami akan mempertimbangkan pemegang taruh baru jika ia adalah kepentingan terbaik buat Liverpool sebagai sebuah kelab.
"FSG kekal komited sepenuhnya dalam memastikan kejayaan Liverpool di atas dan di luar padang."
Liverpool berkembang pesat sejak pemilikan FSG, yang diketuai John W. Henry, dengan pelantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus pada 2015.
Pasukan Merseyside itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 dan dinobatkan sebagai juara England buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun dengan memenangi EPL pada 2020 sebelum memenangi Piala FA dan Piala Liga musim lalu.