Skip to main content

Bola Sepak

FSG belum berhasrat lepaskan Liverpool

henry-fsg.jpg

Pemilik Liverpool, John Henry, berkata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan untuk dijual biarpun mengakui perbincangan sedang berjalan dengan pelabur berpotensi. 

Kumpulan Sukan Fenway (FSG) itu pada November lalu menyatakan bahawa mereka sedia menerima pelaburan baharu tetapi masih berkomitmen penuh untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama The Reds.

Walaupun FSG menjelaskan bahawa mereka sedang mengintai pelaburan, namun ia bukan bermaksud mereka akan menjual kelab berkenaan biarpun terdapat laporan bahawa pengambilalihan mungkin berlaku.


Di sebalik Pengerusi Liverpool, Tom Werner, mendedahkan pemilik kelab itu terbuka dalam soal menjual kelab pada November, Sam Kennedy pula selaku rakan kongsi FSG menegaskan langkah itu masih terlalu awal.

Bagaimanapun, bercakap kepada Boston Sports Journal, pemilik utama itu menolak prospek pertukaran pemilikan sekalipun dia mendedahkan rundingan telah diadakan dengan pelabur minoriti.

 

"Saya tahu terdapat banyak cakap-cakap dan petikan mengenai LFC (Kelab Bola Sepak Liverpool), tetapi saya berpegang kepada hakikat bahawa kami hanya memformalkan proses yang sedang berjalan," katanya.

"Adakah kami akan berada di England selama-lamanya? Tidak. Adakah kami akan menjual LFC? Tidak. Adakah kami bercakap dengan pelabur tentang LFC? Ya.

"Adakah sesuatu akan berlaku di sana? Saya percaya begitu, tetapi ia bukan menjual kelab. 

"Adakah kami telah menjual apa-apa dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu?"

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video