Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, berkata dirinya kekal fokus kepada skuad sendiri, bukan kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.
Pemain sensasi Brazil itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu walaupun baru sahaja menyelesaikan perpindahan dari Barcelona ke Paris pada musim panas lalu melalui yuran perpindahan rekod dunia.
Dua pemain Los Blancos, Dani Carvajal dan Casemiro, berpendapat bahawa bekas bintang Barca itu mampu berjaya bersama Madrid sementara pengurus PSG, Unai Emery, mahu orang ramai bertanya sendiri isu tersebut kepada Presiden Los Blancos, Florentino Perez.
Bagaimanapun, bagi Zidane, ia adalah sesuatu yang normal apabila anak-anak buahnya memuji salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini.
“Setiap orang mempunyai pendapat sendiri dan jika anda bertanya saya tentang Neymar, dia adalah pemain yang hebat tetapi bukan pemain Madrid.
“Saya harus fokus kepada pemain sendiri dan berbicara mengenai mereka,” kata Zidane.
Dalam masa sama, pendapat Carvajal bahawa saingan Liga Juara-Juara Eropah adalah satu-satunya harapan Madrid ketika ini disangkal ZIdane kerana mendakwa aksi domestik tetap menjadi perkara penting walaupun mereka kini di tangga ketiga LaLiga, tujuh mata di belakang Atletico Madrid dan 15 mata ketinggalan kepada pendahulu, Barcelona.
“Apabila Carvajal memperkatakan tentangnya, ia disebabkan situasi pada carta tetapi sebagai pengurus, saya harus meyakinkan mereka bahawa setiap perlawanan itu penting. Benar, ia sukar apabila tidak berada di kedudukan pertama.
“Saya faham sekiranya wartawan atau Carvajal sendiri berpendapat agak tidak meyakinkan untuk beraksi dalam saingan LaLiga ketika ini tetapi bagi saya, ia salah. Pemain-pemain sentiasa teruja untuk beraksi dan hari ini mereka berpeluang meraih perlawanan yang menarik.”