Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, tampak mengelak untuk dibebani tekanan tambahan apabila belum mahu memikirkan cabaran besar yang menanti dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Sebaliknya, bekas pengendali Watford itu mahu memberikan fokus terhadap tugasan terdekat membabitkan saingan Piala Shopee dan aksi di peringkat domestik.
Tampil selaku wakil tunggal Malaysia di pentas ACLE, JDT bakal merintis ranjau berliku apabila diundi bersama tiga kelab dari Jepun untuk peringkat liga zon Timur yang akan bermula bulan depan.
Vissel Kobe, Machida Zelvia dan Sanfrecce Hiroshima antara lawan Harimau Selatan selain kelab China Shanghai Port, Shanghai Shenhua, Chengdu Rongcheng dan gergasi Thailand, Buriram United dan kelab Australia, Melbourne City.
Ia merupakan cabaran hebat buat barisan pemain bimbingan Xisco memandangkan rekod lampau menyaksikan JDT bergelut setiap kali bertemu kelab Jepun.