Alessandro Florenzi selesai menjalani pembedahan di lutut kirinya tetapi Milan belum dapat menawarkan jangka masa untuk pemulihannya.
Florenzi dipinjamkan selama semusim daripad Roma dengan Rossoneri mempunyai pilihan untuk mengekalkannya.
Pertahanan berusia 31 tahun itu telah beraksi 27 kali bersama pendahulu Serie A itu musim ini walaupun hanya 13 daripadanya dalam barisan utama.
Florenzi ditimpa kecederaan itu ketika seri tanpa jaringan dengan Bologna di San Siro, semalam, yang menyaksikan Milan tercicir dua mata dalam misi merebut Scudetto tetapi masih kekal satu mata di depan Napoli yang berada di tangga kedua.
Satu kenyataan di laman sesawang kelab itu berbunyi: "AC Milan mengesahkan bahawa Alessandro Florenzi selesai menjalani pembedahan arthroscopic di lutut kirinya yang dikendalikan oleh Dr Piero Paolo Mariani, hari ini.
"Pembedahan ini yang dijalankan dengan kehadiran doktor kelab AC Milan, Lucio Genesio, telah berjaya. Alessandro akan memulakan proses pemulihan dengan serta-merta."
Florenzi berada dalam skuad Itali yang memenangi Euro 2020 tahun lalu tetapi gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 selepas tewas kepada Macedonia Utara dalam perlawanan play-off.
Pasukan kendalian Stefano Pioli itu akan menyambung perjuangan Serie A apabila bertandang ke Torino, Isnin depan.

Official Statement: Alessandro Florenzi ➡ https://t.co/A1QKcRF8X1
— AC Milan (@acmilan) April 6, 2022
Comunicato Ufficiale: Alessandro Florenzi ➡ https://t.co/9eq7cPGHGG #SempreMilan pic.twitter.com/FcMbjArLKs