Skip to main content

Bola Sepak

Finalissima Wanita: England ungguli Brazil dalam penentuan sepakan penalti

chloe-kelly.jpg
ENGLAND 1 BRAZIL 1
(England mengatasi Brazil 4-2 dalam penentuan sepakan penalti)


Penyerang England, Chloe Kelly, mendakap satu lagi trofi apabila membantu skuad kebangsaannya membenam Brazil 4-2 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam Finalissima Wanita sulung di Wembley, awal pagi tadi. 

Ella Toone menamatkan aksi licik separuh masa pertama untuk memberikan Lionesses kelebihan dalam pertembungan di antara juara Eropah itu dan pemenang Copa America Femenina.

Brazil memperkemaskan permainan dalam babak kedua dan Andressa Alves memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Mary Earps, pada masa kecederaan untuk mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.

 

England melalui ranjau itu dengan cemerlang apabila Georgia Stanway, Rachel Daly, Alex Greenwood dan Kelly -- yang menyumbat gol kemenangan dalam perlawanan akhir Euro 2022 ke atas Jerman di venue yang sama -- menyempurnakan tugasnya 

Earps pula tangkas menafikan rembatan Tamires sebelum percubaan kapten Brazil, Rafaelle Souza, menggegarkan palang untuk Brazil menanggung keperitan di hadapan 83.132 penyokong. 

Advertisement

Must Watch Video