Undian pusingan ketiga Piala FA menyaksikan dua finalis tahun lalu, Kedah dan Pahang, bakal berentap untuk memburu salah satu slot ke suku akhir.
Skuad Tok Gajah pastinya akan turun dengan misi mahu membalas dendam selepas tewas 3-2 untuk membolehkan Kedah menjulang trofi itu di Stadium Shah Alam tahun lalu.
"Tahun lalu, kami tewas dalam aksi final. Jadi, sudah tentu ia akan menjanjikan satu perlawanan yang menarik," kata pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh.
Sementara itu, juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), pula dijangka tidak mempunyai masalah apabila bertemu skuad Liga Perdana, UiTM FC, manakala Selangor berada dalam laluan sukar selepas diundi berdepan antara pasukan paling menyerlah musim ini, Terengganu FC.
Undian yang dibuat hari ini turut menemukan Melaka dengan Kuala Lumpur manakala Felda United akan menerima kunjungan UKM FC.
PKNS FC, yang berada di tangga keempat liga, tidak harus memandang mudah cabaran Kelantan sekalipun skuad itu bermula buruk dalam liga musim ini.
Dalam pada itu, perlawanan lain bakal menyaksikan Pulau Pinang bertemu Perak manakala PKNP FC akan berdepan Kuantan FA.
"Tidak kira beraksi di tempat sendiri atau tidak, ia tetap akan sama. Kami tahu setiap pasukan meletakkan harapan tinggi dan dalam perlawanan sebegini.
"Kamu tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Jadi, kami perlu mempersiapkan diri," kata jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel.
Undian Pusingan Ketiga:
Pahang lwn Kedah
Melaka lwn Kuala Lumpur
Felda United lwn UKM FC
Terengganu FC lwn Selangor
PKNS FC lwn Kelantan
UiTM FC lwn Johor Darul Ta'zim (JDT)
Pulau Pinang lwn Perak
PKNP FC lwn Kuantan FA