"Saya mahu sebuah perlawanan yang adil," itu harapan yang diluahkan ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, sehari sebelum sepak mula final Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Fandi pernah meluahkan rasa kecewa atas mutu pengadilan ketika tumbang 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Disember lalu.
Lantaran itu, Fandi menegaskan adil tandanya kemakmuran dengan harapan, tiada isu berat sebelah berlaku menjelang hari penting di antara Sri Pahang dan JDT.
Menurutnya, tanpa ketegasan dan keadilan dalam tempoh 90 minit, situasi itu hanya akan membunuh kemeriahan sebenar bola sepak.
Apatah lagi ini ibarat pertemuan ulangan selepas kali terakhir 11 tahun lalu.
"Biasa sahaja, bola sepak adalah permainan yang lucu.
"Kami nak adil sahaja, itu sahaja. Menang atau kalah, kami tiada masalah.
"Keadilan itu tanda kemakmuran. Bagi saya, bagi orang lain saya tidak tahu," katanya dalam sidang media hari ini.
Tambahnya, skuad Tok Gajah selesa dengan gelaran 'underdog', dalam masa yang sama mereka masih memiliki kemahuan untuk bersaing dengan skuad kendalian Hector Bidoglio itu.
"Tidak perlu gerun atau takut. Yang harus takut (adalah) diri sendiri. Kalau kami fokus kepada JDT, memang (menjadi) masalah kepada kami.
"Tapi kalau kami fokus kepada komunikasi, disiplin dan kalau mereka bersatu, saya rasa kami boleh bersaing. Menang atau kalah saya tidak tahu.
"Paling penting kami harus berikan cabaran yang hebat kepada JDT. Semua tahu JDT pasukan pilihan, kami adalah underdog. Saya lebih suka dengan nama dan kata-kata itu," katanya.

InsyaAllah esok pegang lagi sekali, dah lama tak pegang (piala)
— FinaNasrom (@fnasrom) April 25, 2025
- Fandi Ahmad, Ketua Jurulatih Sri Pahang pic.twitter.com/SZ86IRRVtC