PIALA MALAYSIA
Final Piala Malaysia: Ucapan TMJ bikin meremang bulu roma!
Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar satu lagi sejarah baru menerusi kejuaraan 'quadruple' berganda susulan dinobat sebagai juara Piala Malaysia semalam.
Juara Liga Super dan Piala FA itu turun ke gelanggang di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam memasang hajat besar, hadir dengan peluang untuk mempertahankan kesemua gelaran yang dimenangi pada musim 2022.
Bertemu Terengganu FC yang dibimbing Tomislav Steinbruckner, JDT berjaya mengabadikan status mereka sebagai kelab yang terulung apabila menjuarai gelaran Piala Malaysia dengan kemenangan 3-1 sekaligus menjadi pasukan pertama melengkapkan 'quadruple berganda'.
Iklan
Di sebalik kemenangan tersebut, media sosial kelab, Johor Southern Tigers, memuat naik video ucapan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi menaikkan semangat pemain menjelang perlawanan malam tadi.
kredit: JST
Must-Watch Video