Pentas akhir Piala Malaysia pada 12 April hadapan dijangkakan menjadi penganjuran paling bermakna atas dasar dua perkara iaitu kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berada di tahap terbaik
Keduanya, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan kadar caj baru tempat letak kereta di Kuala Lumpur Sports City bagi acara sukan berjumlah RM5 bagi setiap kemasukan.
PSM turut memberikan jaminan permukaan padang sempurna menjelang pertembungan epik Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang nanti selain mengesahkan laman rasmi Harimau Malaya itu akan kekal menggunakan rumput Zeon Zoysia.
Pengesahan itu sekaligus menjawab persoalan terdahulu yang menyatakan SNBJ akan menukar rumput jenis hibrid.
"Buat masa ini kami akan kekalkan dengan padang rumput Zeon Zoysia, kerana keadaan sangat baik dan kami tidak mahu mengganggu kerana proses penukaran akan mengambil masa lama selain kamu juga perlu menyesuaikan diri.
"Padang Hybrid di Larkin akan dipindahkan ke Stadium Mini MSN, kami akan menyesuaikan diri dengan penggunaan cara penjagaan dan keputusan akhir belum dibuat lagi," katanya.
Sementara itu, Iliyas menegaskan Datuk Hans Isaac tidak meletakkan jawatannya selaku Pengerusi PSM, sebaliknya khidmatnya tamat tempoh pada 20 Mac 2025.
"Mengikut akta anggota PSM ini dating mengikut penggal seramai 16 orang, semuanya akan dapat pada masa yang sama iaitu 20 Mac.
"Kami masih menunggu daripada KBS mengenai anggota baru PSM." tambahnya lagi.