Perebutan trofi Piala Malaysia kini sampai kemuncak menjelang aksi final mempertemukan JDT dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pertembungan ini bakal menjadi JDT dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu manakala Terengganu dalam usaha menamatkan kemarau 22 tahun untuk menjuarai kejohanan tertua asia itu.

Ikuti siaran langsung perlawanan ini di saluran Astro Arena 801, 803 dan 806 UHD & 799 (Player CAM) serta live streaming menerusi aplikasi Astro Go bermula dengan rancangan pra-perlawanan pada jam 8.00 malam.