Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA: Teringin lihat Selangor teruskan dominasi Sukma Sarawak

omaro.jpg
Ketua jurulatih bola sepak wanita Selangor, Osmeira Omaro, mahu melihat Selangor menawan pentas final Piala FA bagi menyusuli kejayaan skuad wanita dan futsal di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

"Besar harapan untuk melihat Selangor merangkul 'Grand Slam' bagi menyusuli kejayaan The Red Giants futsal dan bola sepak wanita dalam Sukma meraih kejuaraan," katanya di Nadi Arena. 

Semalam, pasukan wanita Selangor mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara buat kali pertama penganjurannya dengan mengatasi Sabah 3-1 dalam perlawanan akhir.

Pembentukan pasukan yang bermula sejak Februari lalu membuahkan hasil susulan majoriti pemain dibarisi skuad yang terdiri daripada tonggak Liga Wanita Nasional (LWN).
 

Advertisement

Must Watch Video