Walaupun Hari Sukan Negara (HSN) peringkat kebangsaan 2026 di tangguhkan dengan pengumuman sudahpun dibuat hari ini, namun peserta masih boleh mengambil goodies sehingga jam 9.00 malam ini di perkarangan TM Stadium Nasional Bukit Jalil, bersebelahan Pentas Utama.
Namun untuk makluman, bayaran tiket tidak akan dikembalikan.
A post shared by HARI SUKAN NEGARA 2026 (@harisukannegara2026)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan tarikh baharu penganjuran itu akan diumumkan kelak tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar.
Bagaimanapun, penganjuran HSN di peringkat negeri dan peringkat lain-lain serta lokasi lain adalah tertakluk kepada situasi setempat dan ketetapan pentadbiran masing-masing.
Bagi penganjuran di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka adalah ditangguhkan, manakala di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak dan Labuan berjalan seperti dirancang.
Ternyata KBS sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.
KBS juga menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.
KBS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan merakamkan penghargaan atas pengertian serta kerjasama semua pihak.