Nafuzi Zain menganggap peluang untuk merangkul Piala FA malam esok akan memberi kemanisan lebih bermakna buatnya.
Bekas pertahanan kebangsaan yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia edisi 2001 itu perlu menggarap taktikal terbaik sekiranya berhasrat menundukkan jaguh Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam penentuan gelaran di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
"Sebagai pemain, sudah tentu saya (gembira) dapat (memenangi) Piala Malaysia. Sebagai jurulatih (pula), ia akan menjadi lebih bermakna untuk mendapatkan kejuaraan.
"(Saya) sebagai jurulatih muda, masih baru untuk belajar (banyak lagi)," katanya dalam sidang media sempena perlawanan akhir di venue pertandingan, hari ini.
Jurulatih berumur 43 tahun itu juga mahu mengetepikan desas-desus mengenai masa depannya dalam misi mengulangi kejayaan sama 11 tahun lalu berikutan dikaitkan untuk mengisi jawatan di Selangor.
"Ini peluang untuk TFC sebab kita tahu peminat memang teruja untuk ke Piala AF.
"Saya tidak fikir lagi masa depan saya, yang penting (saya fokus) untuk perlawanan akhir," katanya.