Johor Darul Ta'zim (JDT) ada formula tersendiri bagi membolosi benteng Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.
Ketua jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari, berkata setelah mengharungi dua aksi Liga Super berdepan The City Boys, pihaknya dapat melihat ruang yang boleh dimanfaatkan bagi membolosi taktikal ‘parkir bas’ pelawat.
"Lagi pun bagi kami aksi final ini merupakan aksi yang penting dan kami mahu menjadikan ia sebagai satu detik terbaik.
“Oleh itu, kami juga sudah memiliki formula terbaik yang boleh digunakan untuk mengharungi perlawanan seperti ini (final) biarpun berdepan dengan taktikal 'parkir bas' sekali lagi...perlu bertenang dan bersabar.
“Yang penting, kami ada pemain-pemain terbaik hasil gabungan pemain muda dan senior bagi mengharungi aksi berintensiti tinggi seperti ini dan saya mahu pastikan pasukan ini memberikan aksi terbaik di pentas final nanti,” katanya.
Solari berkata demikian dalam sidang media sempena aksi final Piala FA 2023 antara JDT dan KL City FC.
Tambah Solari, pihaknya gembira apabila berpeluang beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam aksi final kali ini biarpun belum mengetahui status skuad Harimau Selatan itu, sama ada sebagai pasukan tuan rumah atau pasukan pelawat.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, 97 peratus tempat duduk akan diduduki oleh penyokong-penyokong JDT dalam aksi final berkenaan.
“Kami teruja apabila dimaklumkan dapat beraksi di sini (Stadium Sultan Ibrahim), namun sebenarnya kami belum ada idea pemain mana yang akan berada dalam kesebelasan utama.
"Lagi pun, formasi tak tentu, adakalanya jadi 3-4-3, 3-5-2, 3-3-2-1 dan sebagainya.
“Cuma kami pastikan kesemua pemain-pemain kami bersedia untuk beraksi,” katanya.
Sementara itu, tonggak pertahanan import, Jordi Amat, berikrar mahu memastikan gawang JDT tidak dibolosi seperti perlawanan terdahulu.
Bagaimanapun katanya, kesemua pemain, terutama di benteng pertahanan, perlu sentiasa berwaspada dengan serangan balas dan set piece daripada skuad The City Boys itu.
“Mereka (KL City FC), sangat bahaya daripada segi 'set piece' dan serangan balas. Oleh itu, semua pemain perlu sentiasa fokus sepanjang perlawanan.
“Selain itu, saya dapati mereka juga ada pemain tengah yang baik, pemain sayap yang pantas bagi mengancam benteng pertahanan kami.
“Oleh itu, kami perlukan semua pemain untuk beraksi sebagai satu pasukan pada aksi final kali ini,” katanya.
Kredit: Sinar Harian