Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Cabaran: PDRM padam kejutan Kuching City

pdrm.jpg
KUCHING CITY 1 PDRM 1 

(PDRM muncul juara dengan agregat 4-1)


Ketinggalan tiga kosong daripada perlawanan pertama bukan alasan Kuching City untuk tidak berjuang, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri sebelum terpaksa akur terlepas untuk menggenggam trofi dengan kekalahan agregat 1-4.

Dengan percaturan Aidil Sharin Sahak dapat membayangi rentak PDRM FC pada awal permainan, Kuching City mula mengintai peluang untuk menembusi gawang pelawat.

Beberapa peluang terhidang gagal dimanfaat jentera serangan sementara Sang Saka Biru sesekali melancarkan serangan balas.

Hasrat untuk memadam defisit gol itu mula menampakkan hasil selepas 33 minit perlawanan yang menyaksikan Kuching City akhirnya menjaringkan menerusi kebijaksaan Petrus Shitembi.




Shitembi melakukan larian solo sebelum meledak rembatan leret kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol PDRM, Ramadhan Hamid.

Perjuangan Kuching City kian sukar apabila buntu untuk menokok jaringan hingga waktu rehat. 

Situasi itu menjadi motivasi buat PDRM untuk kembali memperkemaskan permainan dalam babak kedua dan tatkala tuan rumah terleka, anak buah Datuk Yunus Alif itu membalas dengan gol penyamaan.

Seperti gol pertama Kuching City, penyerang import, Uche Agba, turut melakukan rembatan jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Wan Azraie Wan Teh.
 

Advertisement

Must Watch Video