PIALA MALAYSIA
Final Piala Cabaran: PDRM FC tempang tanpa dua tenaga import
Barisan jurulatih PDRM FC runsing tidak dapat menurunkan barisan utama menjelang perlawanan akhir Piala Cabaran berikutan dua tonggak import, James Okwuosa dan Kyaw Min Oo, masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan meletakkan khidmat mereka untuk pertemuan pertama pada Rabu ini dalam kesamaran.
Bagaimanapun, The Cops akan cuba memastikan benteng mereka tidak ditembusi di MBPJ Stadium MBPJ sebelum Okwuosa dan Min Oo kembali menyertai pasukan dalam aksi timbal balik di gelanggang Kuching City, Ahad ini.
"Kami kena ada pelan B, saya perlu fikirkan kesesuaian pemain untuk mengisi posisi tersebut.
Iklan
"Berita baiknya, pertahanan pusat kami, Aliff Nazmi, sudah menyertai semula pasukan ia perkembangan yang bagus untuk pasukan.
"Saya akan memikirkan pemain yang sesuai untuk mengisi tempat kedua-dua pemain ini sekiranya tidak dapat beraksi," katanya dalam persiapan di Ibu Kota petang tadi.
Penyerang PDRM, Uche Agba, bersetuju motivasi mereka agak terkesan dengan kekalahan 0-2 kepada Negeri Sembilan dan kian meningkat apabila perlu beraksi tanpa barisan terbaik.
"Kami perlu terima kekalahan itu. Tanpa dua tonggak penting, ia pasti memberi kesan kepada permainan.
"Mujur perlawanan akhir ini diadakan secara timbal balik. Semoga kami mampu memperagakan permainan yang bagus dan mencatat keputusan yang baik," katanya.
Must-Watch Video