PIALA MALAYSIA
Final Piala Cabaran: Kuching City cari jalan patahkan serangan balas PDRM
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, sedang mencipta formula untuk menyekat serangan balas PDRM FC, Rabu ini.
Perlawanan akhir pertama Piala Cabaran akan berlangsung di Stadium MBPJ sebelum mereka memuktamadkan gelaran juara pada musim ini, Ahad ini.
"Pemain sudah tidak sabar-sabar lagi dan sedar PDRM antara pasukan yang sukar dihadapi musim ini, namun kami tetap berkeyakinan.
Iklan
"Apa pun, kami tidak boleh membuat kesilapan mudah terhadap serangan balas PDRM.
"Mereka banyak mencapai kejayaan menerusi serangan balas dan bermain dalam satu unit.
"Mereka ada pemain yang berkebolehan melakukannya.
"Mereka sukar diramal dan ini menjadi tumpuan kami ketika ini," katanya dalam rancangan Nindia Bola sebentar tadi.
Must-Watch Video