Skip to main content

Bola Sepak

Final Liga M3: Hisyamudin 12 tahun tunggu main final

pib-fc-kl-rovers-liga-m3.jpg
Pertahanan KL Rovers, Hisyamudin Sha'ari, kini dalam momentum terbaik untuk melunaskan impiannya yang tersimpan sejak sekian lama.

Dengan pengalaman sebagai pemain profesional selama 12 tahun termasuk bersama skuad negara dan Liga Super, Hisyamudin belum pernah berasakan kehangatan pentas final sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

Tetapi malam esok adalah suasana yang amat ditunggu-tunggunya dan dia mahu bertukar menjadi detik lebih manis dengan membantu KL Rovers menjulang kejuaraan Liga M3 dengan mengetepikan PIB FC di Stadium KLFA. 

"Sebelum ini bersama Perak setakat separuh akhir sahaja," katanya di Auditorium Wisma FAM, petang hari tadi.

Bagi jurulatih KL Rovers, Zamri Hasan, muncul sebagai pasukan yang tidak dijangka di peringkat final benar-benar mencabar kemampuan bekas penerima anugerah Kasut Emas 2010 itu.

"KL Rovers lambat panas. Selepas Hari Raya Aidilfitri, kami telah kenal pasti dan memasukkan pemain baru.




"Kami dapat kenal pasti kelemahan, kami ketinggalan lima mata selepas 13 perlawanan dengan pasukan keempat, sebelum itu kami menduduki tangga ketujuh. 

"Bukan mudah untuk dapat melayakkan diri ke suku akhir. 

"Jadi saya berterima kasih kepada pemain kerana dapat merealisasikan impian pasukan," katanya pula. 

Bagi jurulatih PIB pula, K Ramachndran, ketiadaan dua pemain utama pihak lawan ekoran penggantungan bukan perkara yang melegakan, sebaliknya menegaskan hanya yang terbaik sahaja mampu digelar juara.

"Kami membuat persediaan dengan baik untuk perlawanan akhir ini. 

"Selepas seri dua kali dalam pertemuan sebelum ini, jadi kami akan ketengahkan percaturan berbeza pada kali ini," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video