Skip to main content

Bola Sepak

Figura ketua jurulatih baru Selangor masih samar

screenshot-(12).png
Lagenda Selangor, Asmawi Bakiri, mengakui bahawa langkah baru pihak pengurusan Selangor untuk membentuk kelab itu untuk musim ini sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL), sangat berbeza berbanding dengan musim sebelum ini.



Juara Piala Malaysia tiga kali itu percaya bahawa individu yang akan diumumkan selaku ketua jurulatih baru nanti perlu mempunyai kriteria yang positif untuk membentuk pasukan sedia ada.

Bagaimanapun, dengan kekosongan tempat ketua jurulatih itu memperlihatkan bahawa persiapan kem Gergasi Merah masih sedikit ketinggalan berbanding pasukan lain seperti Johor Darul Takzim serta Terengganu.

"Saya difahamkan pihak pengurusan ingin membentuk pasukan Selangor kali dengan lebih baik dan teliti.

"Kredibiliti ketua jurulatih Selangor yang baru nanti perlu mempunyai sikap yang terbuka dan lebih tegas.

"Melengkapkan nama selaku ketua jurulatih baru saja tidak cukup, semestinya cabaran menanti ketua jurulatih yang baru nanti memandangkan ia bukan kerja mudah kerana banyak kerja yang dia perlu lakukan nanti."
 

Advertisement

Must Watch Video