Pengarah Utama PT Liga Indonesia Baru (LIB), Ferry Paulus, mengesahkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum menarik larangan untuk penonton pasukan lawat menghadiri perlawanan di stadium dalam saingan Indonesia Super League musim 2025-26.
Perkara itu diumumkan Ferry selepas menghubungi FIFA, di mana badan induk itu masih belum memberikan kelonggaran terhadap larangan berkenaan.
"Malam tadi, liga sudah berkomunikasi dengan FIFA untuk meminta persetujuan. Intinya, FIFA masih akan melihat sampai sejauh mana usaha dari liga untuk membenarkan penonton (pelawat) hadir," kata Ferry seperti dilaporkan CNN Indonesia.
"Sebenarnya, sebelum penutup liga kelmarin, liga sudah diberikan lampu hijau dan kami amat gembira.
"Tetapi dalam perlawanan terakhir, terdapat suar dan lebih parah, ia adalah perlawanan yang ditonton delegasi FIFA dalam aksi penutup di Bandung, bahkan rumput dihancurkan.
"Oleh kerana itu, liga melarang untuk menjadikan Perib Bandung sebagai perlawanan pembukaan. Bukan hanya suar, turun ke padang. Kalau hanya suar masih OK tetapi ini turun ke padang," katanya.