Skip to main content

Bola Sepak

FIFA tetap harga siling tiket Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiket-piala-dunia.jpg
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan harga tiket untuk Piala Dunia 2026 akan bermula serendah $60 (RM253) untuk perlawanan di peringkat kumpulan, sementara tiket paling mahal ditetapkan pada berharga $6,730 (RM28,422).

Jualan tiket hanya dibuka bulan depan maka sebarang perubahan boleh berlaku dengan empat kategori diperuntukkan. 

Menurut seorang pegawai FIFA, mereka akan memperkenalkan harga dinamik -- ini bermakna kos tiket akan berubah di antara bulan hingga dan undian Piala Dunia berlangssung pada 5 Disember depan, sebaik kebanyakan perlawanan peringkat kumpulan, tarikh dan tempat sudah bakal ditentukan.

Dalam masa sama, penyokong yang berdaftar akan dipilih secara rawak untuk pembelian tiket dalam tempoh tertentu dengan harga istimewa. 

Harga dinamik itu mula diperkenalkan dalam Piala Dunia Kelab tahun ini dengan harga $13.40 (RM56) hingga $473.90 (RM2,001)

Piala Dunia tahun depan yang melibatkan -- 48 pasukan -- bakal berlangsung di antara 11 hingga 19 Jun dengan melibatkan 11 venua di Amerika Syarikat, tiga di Mexico dan dua lokasi Kanada. 
 
Shopee 9.9 Sale

Potongan RM900 Menanti! Rebut Cepat!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Klik untuk tuntut sekarang!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video